Bot PATI dari Filipina diusir keluar
SANDAKAN: Sebuah bot yang dinaiki oleh seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara, berhampiran Pulau Nunuyan.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan operasi pengusiran tersebut dilakukan oleh sepasukan Polis Marin dari Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan, kira-kira jam 5 petang.
“Semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, Pasukan Polis Marin Sandakan telah mengesan bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.
Hasil pemeriksaan polis, mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada Pulau Taganak Filipina. Bot tersebut kemudiannya di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.
Pasukan Polis Marin Sandakan sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.
” tambahnya lagi.Pihak Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197’ atau berhubung ke Gerakan PPM Sandakan di talian ‘089-221453’ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal. Gambar: Milik PPM W4 Sabah