Aktiviti bom ikan & penyeludupan berjaya dibanteras
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan di Laut Kg Hidayat, Semporna pada malam tadi.
Semasa menghampiri sebuah perahu tersebut suspek bertindak agresif dan melarikan diri dengan memecut perahu ke kawasan air cetek seterusnya bertindak terjun dari perahu dan melarikan diri ke Kg Hidayat Semporna.
Pemeriksaan ke atas perahu yang ditinggalkan terdapat putih lebih kurang 200 kg yang dipercayai ditangkap dengan menggunakan bahan letupan. Nilai Rampasan dianggarkan sebanyak RM 19,450.00.
Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna juga telah melakukan rondaan disekitar Laut Pulau Sisipan Semporna pada awal awal pagi tadi dan memeriksa 2 buah perahu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.
Setelah mengenalkan diri sebagai pegawai polis, kedua suspek bertindak agresif dan melarikan diri dengan memecut perahu ke kawasan air cetek seterusnya bertindak terjun dari perahu dan melarikan diri ke Pulau Sisipan.
Rampasan melibatkan beberapa minyak masak dianggarkan berjumlah sebanyak RM34,240.00. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, YDH DSP MOHAMMAD BIN ISMAIL berkata semua rampasan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985.
Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.