3,870 tan metrik minyak masak bersubsidi, industri dirampas di Tawau

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau merampas kira-kira 3,870 tan metrik minyak masak di sebuah kilang pembungkusan, di sini pada Jumaat.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau, Sam Aminudin berkata pemeriksaan ke atas kilang tersebut dilakukan pada jam 6.40 petang.

โ€œHasil pemeriksaan mendapati, premis pembungkus minyak masak tersebut disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

โ€œPremis tersebut disyaki memiliki barang kawalan minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak munasabah terhadap kesalahan dibawah Peraturan 13 (1) PPKB 1974,โ€ katanya.

Katanya, susulan itu, pasukan penguatkuasa melakukan rampasan sejumlah 29.699 tan metrik minyak masak subsidi dan 3,848 tan metrik minyak masak industri

โ€œTurut disita beberapa dokumen daripada syarikat pembungkus tersebut untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM136,988,โ€ katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, KPDNHEP akan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas pemilik premis.

โ€œJika sabit kesalahan, premis tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

โ€œManakala, syarikat pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,โ€ katanya.

Sam berkata, KPDNHEP memandang serius terhadap syarikat yang melanggar undang-undang seumpama itu terutama yang diberi lesen serta kuota pembungkusan dan pembotolan barang kawalan subsidi.

โ€œOrang ramai disaran untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan memberikan sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi.โ€ Katanya. -AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *