237 PATI Indonesia diusir keluar daripada Sabah

KOTA KINABALU: Setelah penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) tertangguh beberapa kali akibat pandemik Covid-19, Jabatan Imigresen meneruskan proses pengusiran PATI.

Semalam, seramai 237 orang PATI warga Indonesia diusir keluar daripada Sabah menerusi Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PATI itu ditahan di Depoh Imigresen Tawau sejak 2020 setelah banyak kali tertangguh kerana negara-negara asal tahanan memberi alasan sedang berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kesemua PATI yang diusir keluar itu telah selesai menjalani hukuman bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, kesemua PATI yang dimasukkan ke Depoh Tahanan Imigresen (DTI) telah melalui proses tapisan kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan Covid-19 dan proses pengasingan bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi mengelak berlaku penularan jangkitan di dalam depoh tahanan.

Sitti Saleha berkata, sebahagian besar tahanan juga telah menerima vaksin lengkap dan dos penggalak.

Tahun ini, Jabatan Imigresen Sabah telah mengusir seramai 78 orang PATI pelbagai warganegara melalui udara yang melibatkan seramai 42 PATI warga Filipina, seorang warga Indonesia dan 35 orang dari lain-lain negara.

Pada masa sama, seramai 2,000 senarai nama tahanan warga Filipina dikemukakan kepada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur bagi tujuan penghantaran pulang ke negara asal susulan penghantaran PATI warga Filipina tertangguh sejak bulan Jun tahun lalu.

โ€œSehingga kini, kita dimaklumkan, pihak Kedutaan Filipina masih menunggu peruntukan daripada kerajaan Filipina bagi membiayai kos ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) bagi setiap tahanan agar penyelarasan bagi penghantaran pulang tahanan dapat dilakukan segera.

โ€œSusulan itu, kita mengesyorkan pihak kedutaan agar keluarga tahanan atau tahanan itu sendiri hendaklah dibenarkan untuk menanggung kos ujian RT-PCR mereka sendiri,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sitti Saleha berkata, tahanan juga perlu dibenarkan menanggung kos pembelian tiket pulang melalui udara tanpa menunggu tiket yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan.

Tindakan ini dapat memastikan proses penghantaran pulang tahanan warganegara Filipina berjalan lancar dan tahanan berkenaan tidak perlu berada lama dalam depoh tahanan. โ€“ UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *