222 PTI Indonesia dihantar pulang

TAWAU : Setelah tertangguh sejak Jun lalu, program penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah, diteruskan pada Jumaat.

222 PTI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Penghantaran Pulang PATI Siri 12/2021 oleh Jabatan Imigresen Malaysia, (JIM) Negeri Sabah dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua PTI warganegara Indonesia itu ditahan di Depot Imigresen Tawau sejak tahun lalu dan mereka dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Prosedur kesihatan yang ketat termasuk ujian saringan COVID-19 dan proses pengasingan PTI bagi suatu tempoh yang ditetapkan turut dilakukan, bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 di kalangan PTI sebelum proses penghantaran pulang.

Langkah ini selaras dengan Prosedur Operasi Standard, SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.-Sumber Borneo Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *