2 warga asing ditahan, 255 bungkus minyak masak dirampas

SEMPORNA; Polis Semporna berjaya menahan dua lelaki warga asing dan merampas 255-bungkus minyak masak menerusi Ops Tapis yang dijalankan Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Semporna dan anggota Task Porce Balai Polis Bum-Bum di perairan Pulau Omadal, sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kedua-dua suspek berumur lingkungan 40-tahun itu ditahan selepas cuba melarikan diri dengan bertindak terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran pihak polis.

Katanya, suspek yang dikesan dalam keadaan mencurigakan itu sedang memuatkan bungkusan minyak masak berkenaan ke dalam pam bot yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Semasa pemeriksaan lanjut dijalankan, pihaknya turut menjumpai sejumlah wang tunai RM30,000.00 dan mata wang Filipina berjumlah 2,000.00 Peso.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya kepada pemberita.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek yang tidak memiliki sebarang keterangan diri itu Positif Dadah jenis Syabu (Methamphetamine).

Suspek turut disyaki terlibat dengan aktiviti Penyeludupan Dadah ke negara jiran.

Menurut beliau lagi, pam bot dan dua buah enjin turut dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM45,000.00.

Semua barangan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Semporna untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. -SBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *