11 peniaga LPG di kenakan tindakan undang-undang

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah telah mengambil tindakan kepada sebelas peniaga yang menjual Gas Pertroleum Cecair (LPG).

Pengarahanya Georgie Abas berkata sejak 19 Februari hingga 25 Februari, KPDNHEP Sabah telah menjalankan pemeriksaan LPG ke atas 122 buah premis perniagaan di seluruh negeri.

“Sebanyak 11 tindakan kes dengan nilai rampasan berjumlah RM1,117.20 dan sembilan daripadanya telah dikompaun serta merta dengan hasil kutipan kompaun sebanyak RM4,500.

“Baki dua kes lagi pula masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media yang disini hari ini.

Menurut Georgie, antara kesalahan-kesalahan yang dikesan berlaku adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sembilan kes berkaitan peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga manakala dua kes lagi adalah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu peniaga tidak menyelenggara Buku Penyata Stok LPG,” katanya.

Jelas Georgie lagi, KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan terutamanya ke atas penjualan barang-barang kawalan untuk memastikan semua peniaga mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

“Kementerian turut mengalu-alukamn kerjasama daripada semua pengguna untuk menyalurkan sebarang maklumat salah laku perniagaan atau aduan aduan lain-lain melalui sembilan saluran aduan yang disediakan,”ujarnya lagi.

Harga runcit yang ditetapkan bagi barang kawalan berjadual dan bersubsidi itu adalah antara RM1.90 setiap kilogram (kg) dan peniaga tidak dibenarkan menjual melebihi harga RM19.00 bagi setiap silinder 10kg.

Bagi silinder 12kg pula ialah RM22.80 dan silinder 14kg pula ialah RM26.60.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *