Zon merah semakin kurang

Kota Kinabalu : Hanya 5 daerah masih berada dalam zon merah COVID-19 di Sabah menunjukkan zon merah semakin berkurang.

Datuk Masidi Manjun berkata lima zon merah tersebut ialah Keningau yang mencatatkan lapan kes hari ini, Kalabakan enam kes, Kota Kinabalu empat dan masing – masing tiga kes di Tawau dan Nabawan.

Jelasnya lagi, daerah zon kuning pula, 14 daerah iaitu Tambunan, Sipitang, Tenom, Kunak, Putatan, Kinabatangan, Tuaran, Lahad Datu, Papar, Beaufort, Telupid, Beluran, Ranau, dan Pitas.

“Tiga daerah dalam zon hijau Semporna, Kuala Penyu, Semporna dan Tongod,” Katanya dalam sidang media hari ini.

“Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif COVID-19 hari ini adalah sebanyak 33 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,107 kes dan tiada sebarang kes kematian dilaporkan”

“Seramai 366 pesakit sedang menerima rawatan dengan 148 daripadanya di hospital, manakala 218 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)”

“Jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 79 orang menjadikan jumlah kumulatif 53,272 orang,” Katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *