Timbalan Ketua Menteri Sabah disahkan positif COVID-19

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, semalam.

Setiausaha Politiknya, Arlinsia Agang berkata Jeffrey kini sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan keadaannya agak stabil.

Katanya, beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah itu melakukan ujian saringan semalam (Ahad) dan keputusan menunjukkan beliau positif virus COVID-19.

“Walau bagaimanapun, beliau akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah menerusi persidangan video, email dan sebagainya.

“Dalam pada itu, Jeffrey turut berkata keadaannya baik dan meminta semua untuk bertenang serta berdoa agar Sabah bebas daripada COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *