Tawau dan Sipitang kembali ke zon merah

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan sebanyak 165 kes jangkitan Covid-19 semalam (2 Januari) menunjukkan sedikit penurunan berbanding 264 kes pada 1 Januari lalu.

Jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, menjelaskan bahawa penurunan ini berlaku rentetan penurunan kes yang agak besar di beberapa daerah seperti Tuaran yang turun sebanyak 34 kes, diikuti Kota Kinabalu turun sebanyak 23 kes, Ranau turun 15 kes dan Penampang turun 12 kes.

Namun demikian, peningkatan yang ketara dengan pertambahan 10 kes berlaku di Tawau menjadikan daerah itu bertukar zon daripada zon jingga ke zon merah bersama – sama daerah Sipitang.

Menurutnya lagi, sebanyak tujuh daerah mencatat kes dua angka hari ini dengan kes tertinggi di Kota Kinabalu iaitu sebanyak 33 kes, diikuti Penampang (19), Kota Belud (19), Ranau (17), Tawau (11) dan masing-masing 10 kes di Papar serta Kota Marudu.

Sementara itu, dua kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sabah hari ini, kedua-duanya di daerah Keningau, manakala 100 pesakit dilaporkan sembuh dan 670 pesakit masih menjalani rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.