SOP Sabah terus benar “Dine In” ikut seperti pengumuman awal KM

KOTA KINABALU: Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu di bawah Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri Sabah di keluarkan bermula semalam (10 Julai).

Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan Kerajaan Negeri untuk membenarkan aktiviti makan (dine-in) di premis makan ikut seperti awal pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada 29 Jun masih kekal dilaksanakan di bawah Fasa Dua PPN.

โ€œSelain daripada SOP yang mesti dipatuhi di semua premis restoran, hidangan bufet tidak dibenarkan untuk mengawal pergerakan berlebihan oleh pelanggan semasa berada dalam premis.

โ€œMakanan yang dipesan mesti dihantar dan dihidangkan oleh pekerja restoran di meja pelanggan. Peraturan ini terpakai bagi semua restoran termasuk restoran dalam hotel,โ€ kata Masidi dalam kenyataan media semalam.

Fasa Dua PPN di negeri Sabah, premis makan hanya dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam. Ini termasuk restoran, kafe, kedai kopi, kenderaan bersaji, gerai tepi jalan, penjaja tepi jalan dan bergerak, pusat penjaja, medan selera dan kios.

Kedai runcit, kedai serbaneka, pasaraya mini dan pasaraya dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *