Satu kluster dan 287 kes baharu COVID-19 hari ini

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah kes baharu COVID-19 sebanyak 287 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Pulutan, Nabawan mencatatkan 11 kes kesemuanya.

Sementara itu katanya, daerah Tawau mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi semalam iaitu sebanyak 49 kes, diikuti Kudat 44 kes.

Katanya, Kunak mencatatkan 39 kes, Lahad Datu 28 kes, Kota Kinabalu 22 kes, Kota Belud 15 kes, Putatan 14 kes, Papar 12 kes, Sandakan 11 kes, Kinabatangan 11 kes, Tenom 7 kes dan Telupid 7 kes.

Dalam pada itu katanya, Semporna, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan  6 kes. Sementara Tuaran 3 kes, Keningau 2 kes dan Kuala Penyu 2 kes.

Katanya, enam daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Kalabakan, Beluran, Tongod, Kota Marudu, Ranau dan Pitas. 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published.