Satu kluster baharu di Tambunan dikesan hari ini

KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu telah dikesan di Sabah hari ini membabitkan daerah Tambunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata kluster yang dikenalk sebagai Kluster Batu 8 mencatatkan sebanyak empat kes menjadikan jumlah
kumulatif 52 kes.

Katanya, kluster terbabit didapati berpunca daripada aktiviti keramaian.

“Kluster ini dikesan berpunca dari aktiviti sosial (menuai padi dan sambutan Krismas). Kluster ini turut mencatatkan kes di dua daerah lain iaitu Ranau sebanyak tiga kes dan Kota Belud sebanyak dua kes.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 259 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 37,553 kes dan satu kes kematian direkodkan di Sandakan,” katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *