Satu kes Covid-19 varian India dikesan di Labuan

KOTA KINABALU: Satu kes melibatkan warganegara Malaysia telah dikesan positif COVID-19 dengan varian Indian B.1.617.2, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.”Kes merupakan kontak rapat kepada warganegara India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April 2021,” kata beliau dalam siaran akhbar.”Warganegara India tersebut telah dikesan positif COVID-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin.

“Kes warga tempatan ini mempunyai gejala pada 3 Mei 2021 dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama, seterusnya dikesan positif RT-PCR pada 4 Mei 2021.” – DAILY EXPRESS

Leave a Reply

Your email address will not be published.