Sabah telah edar 283,603 bakul makanan

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengedarkan sebanyak 283,603 bakul makanan secara keseluruhan setakat hari ini.

Menterinya, Shahelmey Yahya dalam satu kenyataan media mengenai perkembangan agihan bakul makanan di Sabah hari ini berkata agihan bakul makanan telah diagihkan melibatkan 27 buah daerah.

“Setakat hari ini, bakul makanan telah diagihkan di 27 daerah iaitu Lahad Datu, Semporna Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Hari ini pula, sebanyak 1,390 bantuan bakul makanan diagihkan melibatkan sembilan daerah iaitu Kota Kinabalu sebanyak 193 bakul makanan, Beluran (92); Ranau (33); Putatan (21); Papar (145); Penampang (242); Beaufort (521); Tenom (4) dan Kota Marudu (139),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *