Sabah melaporkan satu kluster baharu dengan 87 kes baharu COVID-19

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan satu kluster baharu COVID-19 dengan 87 kes baharu dilaporkan.

Kluster Jalan Menteri Kota Kinabalu mencatatkan pertambahan tiga kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12 kes dilaporkan.

Kluster itu berpunca daripada aktiviti keagamaan di sebuah gereja dan ia turut melibatkan penduduk dari Penampang

Sementara itu, 87 kes baharu COVID-19 adalah dari daerah Kunak 21 kes, Kota Kinabalu (18 kes), Kalabakan (12 kes), Tawau (12 kes), Kinabatangan (5 kes), Beaufort (5 kes), Penampang (4 kes), Tuaran (3 kes), Semporna (2 kes) dan Kota Belud (2 kes).

Manakala, Lahad Datu, Papar dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes sahaja. Daerah seperti Beluran, Telupid, Tongod, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Putatan, Sipitang, Kuala Penyu, Nabawan, Tambunan, Sandakan dan Tenom tidak mencatatkan sebarang kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *