Sabah catat 1,514 kes baharu
KOTA KINABALU : Negeri Sabah mencatat 1,514 kes baharu COVID-19 , sekaligus menjadi kes tertinggi harian dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa kedua.
โPeningkatan ketara daripada 80 kes kelmarin kepada 228 dengan penambahan 148 kes iaitu hampir tiga kali ganda berbanding kelmarin.
โSebanyak 60.5 peratus kes di Penampang adalah hasil saringan kontak rapat dan 33.3 peratus adalah melalui saringan bergejala.
โBeberapa daerah lain iaitu Keningau turut menambah 61 kes baharu hari ini diikuti Papar yang bertambah 53 kes dan Beluran menambah 46 kes berbanding jumlah hari sebelumnya,โ kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun