Sabah beli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan tidak cukup

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri Sabah akan membeli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan daripada kerajaan pusat tidak mencukupi.

Namun, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor percaya bekalan akan mencukupi untuk rakyat negeri Sabah.

“Kerajaan pusat telah melakukan yang terbaik untuk membeli vaksin – vaksin ini. Tetapi jika bekalan tidak mencukupi untuk Sabah, Kerajaan Sabah akan membeli Vaksin untuk rakyat Sabah” Kata Hajiji semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan wang ringgit dan bakul makanan kepada mangsa kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya.

Hajiji juga menyeru kepada semua rakyat Sabah untuk mendaftarkan diri untuk mengambil vaksin di aplikasi MySejahtera atau kaedah lain yang disediakan oleh kerajaan.

“Kita berharap lebih ramai lagi yang akan mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin secara percuma daripada kerajaan dan ini bertujuan untuk mengawal kita dari Covid-19”

“Saya yakin rakyat Sabah dalam proses mendaftarkan kerana maklumlah negeri Sabah ini besar dan bekalan ubat pun belum menyeluruh tetapi saya yakin kita akan dapat memberi vaksin kepada ramai rakyat Sabah daripada sekarang hingga masa yang ditetapkan hujung tahun atau awal tahun” Ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.