PKPD di Taman Telipok Ria Tuaran dilanjutkan 14 hari lagi

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Telipok Ria, Tuaran akan dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 24 Disember ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata PKPD di lokaliti terbabit sepatutnya dijadualkan tamat pada 10 Disember iaitu esok.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan sebanyak 8,186 saringan dan merekodkan sebanyak 493 kes kumulatif positif COVID-19 di lokaliti ini.

“Sehingga kini, KKM juga mengesahkan masih terdapat baki 1,386 sampel saringan yang masih menunggu keputusan.

“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran selama 14 hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas mengenai perkembangan harian COVID-19 di Sabah secara dalam talian, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *