PKPD Akan Melibatkan 22 Lokaliti di Sabah Mulai 1 Ogos Ini

KOTA KINABALU : Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mengumumkan 23 lokaliti yang akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu sebanyak 22 lokaliti di Sabah dan 1 lokaliti iaitu Kampung Tanjung Kerayong di Mentakab, Pahang bermula 1 Ogos ini.

22 lokaliti di Sabah yang terlibat adalah meliputi kawasan Tawau (6), Keningau (5), Kudat (3), Sandakan (3), Kota Kinabalu (2), Kota Belud (1), Putatan (1), dan Penampang (1).

Di Tawau, lokaliti yang terlibat adalah Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tokang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas, PPR Sri Semarak dan Taman Berjaya.

Di Keningau, 5 lokaliti tersebut adalah Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Penagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkadau.

Manakala di Kudat, 3 lokaliti tersebut adalah Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi, dan di Sandakan pula terdiri daripada Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati.

“Dua lokaliti di Kota Kinabalu yang akan menjalankan PKPD adalah Taman Sempelang termasuklah Kampung Sembulan Tengah dan Kampung Sembulan Lama. Kawasan lain termasuklah Kampung Tempasuk 1 di Kota Belud, Kampung Tengah Padang di Putatan dan Kampung Babagon di Penampang,” umumnya lagi.

Pelaksanaan PKPD ini akan dilanjutkan sehingga 14 Ogos sehingga pengumuman lain diadakan lagi kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *