Penerima dos lengkap Sinovac dan 60 tahun perlu mengambil dos penggalak

PUTRAJAYA: Status vaksinasi akan menjadi tidak lengkap sekiranya penerima dos vaksin Sinovac tidak mengambil dos penggalak dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas enggan menerima suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang enggan menerima suntikan dos penggalak akan berdepan dengan beberapa sekatan dan tidak layak menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta supaya individu berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak di mana mereka boleh datang secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

Beliau berkata, terdapat lebih kurang 32 peratus atau sejuta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

“KKM menegaskan kepada penduduk yang berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi melengkapkan status vaksinasi sebelum 1 Mac 2022,” katanya dalam satu sidang media. – Demi Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *