Pemantauan dan hebahan PKP guna dron

PAPAR, 10 Jun 2021 : Satu pemantauan dan hebahan udara S.O.P Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Sabah telah dibuat di kawasan PKPD Kampung Benoni dan Kampung Padawan, Papar pada pagi tadi.

Pasukan Unit Dron PGU Sabah ini telah menerbangkan 2 buah dron milik PDRM di sekitar kawasan PKPD lebih kurang 45 minit di udara.

Pemantauan dan hebahan udara SOP PKP di daerah Papar ini diadakan bagi tujuan tinjauan melalui udara serta membuat hebahan agar orang ramai mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber Berita :

Leave a Reply

Your email address will not be published.