Orang ramai tidak dibenarkan berkunjung ke pusat beli belah melebihi satu jam

KOTA KINABALU: Bermula pada 25 Mei 2021 orang ramai yang ingin berkunjung ke pusat beli, Hypermarket, Supermarket, Mini Market, kedai runcit dan sebagainya tidak dibenarkan melebihi satu jam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki untuk menetapkan maksimum, bilangan pengunjung iaitu 50 peratus kapasiti ruang yang mana hanya 200 kaki persegi untuk seorang pelanggan.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) ini akan berkuatkuasa pada 25 Mei ini,” katanya dalam satu kentayaan di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, pada 23 Mei 2021, Sabah mencatatkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mangga di Kota Kinabalu yang dikesan pada 18 Mei 2021 melalui saringan bergejala.

Katanya, kes indeks merupakan seorang lelaki, 69, dari Kionsom Inanam dan mengalami gejala demam sebelum disahkan positif RTK Antigen di klinik swasta.ย 

“Hasil siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis hari jadi di Restoran Little Nanyang Bakuteh Kolombong, Jalan Mangga pada 13 Mei 2021. 

“Susulan kes itu, saringan kontak mendapati 13 lagi kes positif melibatkan ahli keluarga dan generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes. Pasukan kawalan masih giat menjalankan aktiviti pengesanan,” katanya.

Sementara itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 23 Mei 2021 adalah sebanyak 136 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 60,378 kes. Dua kes kematian direkodkan iaitu di Lahad Datu dan Putatan.

Selain itu katanya, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Abaka, Ladang Table, Tawau berkuat kuasa 25 Mei sehingga 7 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“PKPD dilaksanakan berikutan Sehingga kini, terdapat 37 kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 135 ujian saringan yang telah dilakukan.

“Kerajaan Negeri juga bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Keramat, Semporna, Sabah pada 24 Mei 2021 seperti yang dijadualkan selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan,” katanya. -UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *