Masyarakat diminta laksana PKP kendiri : Rafie

KENINGAU :ย Masyarakat negeri ini diingat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kendiri berikutan peningkatan kes yang berlaku di negara ini khususnya negeri ini sejak kebelakangan ini.

Naib Ketua Armada Bersatu Sabah, Rafie Robert berkata, walaupun kerajaan tidak melaksanakan PKP di negeri ini namun masyarakat diminta untuk melaksanakan PKP Kendiri untuk bersama-sama bertanggungjawab melandaikan jangkitan COVID-19.


Katanya, jika PKP dilaksanakan oleh kerajaan sudah pasti banyak lagi yang akan terjejas dan terkesan dengan teruk sama ada dari segi ekonomi mahu pun kesihatan mental.


Oleh itu katanya, PKP kendiri akan memberi kelonggaran kepada mereka yang benar-benar memerlukan, manakala bagi mereka yang tiada keperluan untuk keluar rumah disarankan untuk mengambil tanggungjawab diam di rumah agar dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit COVID-19 ini.


โ€œKesihatan sejagat merupakan tanggungjawab kita bersama dan tidak hanya terletak kepada kerajaan mahu pun para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Sumbangan atas dasar tanggungjawab setiap individu adalah sangat dituntut ketika ini untuk membantu negara mengurangkan penyebaran wabak COVID-19.


โ€œKita masih bersyukur kerana para petugas Barisan Hadapan masih mempunyai semangat dan motivasi untuk menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengurangkan jangkitan dan merawat pesakit COVID-19 ini.


โ€œMarilah kita dengan rendah hati dan mempunyai sikap empati kepada mereka kerana mereka juga adalah manusia biasa yang boleh penat, lelah dan mungkin berputus asa jika peningkatan kes COVID-19 terus meningkat dan berpanjangan.


โ€œMelalui konsep PKP kendiri ini ialah selagi kita mampu untuk diam di rumah, diam lah di rumah, tetapi jika ada keperluan mendesak untuk keluar rumah, barulah keluar rumah untuk menyelesaikan atau menguruskan keperluan tersebut,โ€ jelasnya kepada media di sini, kelmarin.


Sementara itu, beliau turut menyeru kepada Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memantau aktiviti-aktiviti penduduk kampung agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19.


Ini kerana katanya, terdapat banyak kluster yang dikenal pasti berpunca daripada aktiviti penduduk kampung yang tidak mengikuti SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.


Katanya, membendung penularan COVID-19 merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk setiap individu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai autoriti diperingkat akar umbi supaya dapat melaksanakan peranan mereka membantu kerajaan dan negara membendung penularan COVID-19 ini. – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *