Masa operasi perniagaan negeri ini diseragamkan

KOTA KINABALU:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19) memutuskan untuk menyeragamkan masa operasi perniagaan di seluruh Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, masa operasi perniagaan ini adalah berkuatkuasa serta-merta.

“Masa operasi untuk restoran, cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, medan selera, kedai serbaneka, perkhidmatan penghantaran makanan, pembelian makanan secara bawa pulang dan pandu laju adalah dari 9 pagi sehingga 6  petang.

“Pasar awam pula hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 3 petang setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Selain itu katanya, premis-premis yang dibenarkan beroperasi dari 9 pagi sehingga 6 petang dengan memastikan pematuhan SOP ditetapkan adalah ย Kompleks membeli belah ditutup kecuali hanya premis, pasar raya , pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.

Menurutnya, pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka terhad kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja

“Antara premis yang dibenarkan beroperasi dan mematuhi tempoh masa perniagaan yang ditetapkan adalah Dobi (termasuk layan diri), stesen minyak, kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan, kedai cermin mata dan barang optik, kedai hardware, bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti, E-dagang (semua kategori produk), pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja).

“Kedai elektrik, elektronik, kedai buku, alat tulis, pusat pengedaran, penjualan kereta, kedai peralatan sembahyang, pengebumian, pusat khidmat cucian kereta dan kedai menjual telefon, handphone dan membaiki telefon,” katanya. -UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *