Kumpulan pertama vaksin COVID19 tiba di Sabah

KETIBAAN VAKSIN: Kumpulan pertama vaksin COVID19 jenis Pfizer-BioNTech selamat tiba di Sabah pada jam 12.40 tengah hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) Terminal 2 menggunakan pesawat khas Raya Airways Sdn Bhd dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang Selangor.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun (tiga kanan) bersama Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmy Yahya hadir menyaksikan ketibaan vaksin kumpulan pertama itu yang membabitkan jumlah sebanyak 16,380 dos.

Leave a Reply

Your email address will not be published.