Ketua Armada Sabah agihkan kotak susu formula bayi kepada golongan memerlukan

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 kotak susu formula bayi pelbagai jenama telah disumbangkan oleh DY Kinabalu dan 89 Autospa & Detailing untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Sumbangan terbabit diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan merangkap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Fairuz Renddan oleh wakil penyumbang, Mohammad Saiffullizaan.

Fairuz dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini merakamkan penghargaan atas sumbangan terbabit.

“Saya merakamkan ucapan penghargaan di atas sumbangan tersebut dan turut menyeru lebih banyak persatuan badan bukan kerajaan (NGO) atau individu tampil bagi meringankan beban terutamanya masyarakat negeri Sabah.

“Sumbangan ini akan diedarkan kepada mereka yang layak serta memerlukan.

“Sifat ambil peduli ini membuktikan dalam apa keadaan sekalipun, rakyat Sabah sentiasa akan bersatu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *