Kesesakan yang berlaku bukan kerana kegagalan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP)

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali meminta agar orang ramai berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali untuk memenuhi keperluan asas atau hal berkaitan kes kecemasan.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas pelbagai kenyataan yang tular melalui pelbagai aplikasi, berhubung kesesakan di Jalan Kepayan, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, (KKIA), hari ini.

Tegas beliau, kesesakan yang berlaku bukan kerana kegagalan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP).

Sebaliknya, ia lebih kepada kegagalan orang ramai untuk mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

Tambahnya, arahan terbaru kerajaan negeri yang mana, zon membabitkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sudah tidak dikuatkuasakan sekaligus perjalanan rentas sempadan ketiga-tiga daerah ini tidak dibenarkan kecuali membabitkan perkhidmatan perlu atau urusan kecemasan.

Rata-rata kenyataan yang tular sejak pagi tadi menyatakan keadaan jalan dipenuhi kenderaan sehingga lebih 3 kilometer, sejak pagi tadi.

Sumber : Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali
KRU BES RTM

Pic :Rania Mj

Leave a Reply

Your email address will not be published.