Kes Covid-19 meningkat lagi ke 280 kes

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata beban kes yang dilaporkan adalah sebanyak 280 kes semalam (12 Januari) menunjukkan peningkatan sebanyak 27 kes daripada 253 kes yang dilaporkan pada Selasa.

Kluster terbaharu di Kinabatangan iaitu kluster Sungai Trayon menyumbang 25 kes kepada jumlah keseluruhan kes.

โ€œKluster baharu yang diumumkan hari ini melibatkan pekerja ladang kelapa sawit warga asing. Saringan terhadap 382 pekerja dan kenalan rapat mendapati 24 lagi telah dijangkiti Covid-19,โ€ katanya.

Daripada 280 jumlah kes itu, 276 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu kes dalam Kategori 2, dua kes dalam Kategori 4 dan tiada kes baharu dalam Kategori 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *