Kerajaan Negeri akan membuka 16 lagi Pusat Penerimaan Vaksin di seluruh Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah telah membuat lawatan rasmi ke Pusat Pemberian Vaksin di Wisma Wanita , Kota Kinabalu.

Dalam sidang media Ketua Menteri, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan memberi manfaat kepada 20, 549 org Penjawat awam kerajaan negeri dan 100, 172 kakitangan awam kerajaan persekutuan serta penduduk sekitar Kota Kinabalu.

Namun demikian menurut YAB Ketua Menteri, PPV tersebut memberi keutamaan kepada penjawat awam yang bertugas di lapangan dan berhadapan dengan orang ramai ketika menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan.

Sebagai maklumat tambahan, kerajaan negeri akan membuka 16 lagi Pusat Penerimaan Vaksin di seluruh Negeri Sabah dalam bulan ini.

Turut hadir Ir Shahhelmey Yahya Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Sabah, DSP Safar Untong Setiausaha Kerajaan Negeri, Ybhg Dato Seri Zulkapli bin Mohammad Setiausaha Persekutuan Sabah, Ybhg Puan Noorliza Awang Slip, Mayor DBKK serta Ybhg Datuk Rosmadi Sulai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *