Hajiji Lancar Kempen Sifar Pandemik COVID-19

KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah melancarkan kempen Sifar Pandemik COVID-19 Peringkat Negeri Sabah bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada pagi ini.

Majlis perasmian disempurnakan bersama dengan Menteri Kesihatan Malaysia YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah YB Ir. Shahelmy Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah YBhg Datuk Dr Christina Rundi.

Setakat 19 Jun 2021, seramai 326,556 orang telah menerima suntikan vaksin dan angka ini akan dipertingkatkan lagi dalam kadar segera. Kerajaan akan berusaha untuk memastikan lebih banyak bekalan vaksin seperti Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca untuk rakyat Sabah. Pada bulan Julai, jumlah vaksinasi harian akan ditingkatkan kepada kadar 30,000 berbanding 13,000 pada bulan Jun.

Program imunisasi kerajaan juga akan memberikan fokus kepada sektor pembuatan melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang akan beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dengan sasaran 1,500 pekerja dalam sektor ini akan menerima vaksin sehari.

Kempen Sifar Pandemik COVID-19 ini adalah inisiatif bersama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan penanda aras baharu bagi masyarakat di negeri ini agar mencapai angka kes sifar harian dengan kadar segera

Leave a Reply

Your email address will not be published.