COVID-19: Lonjakan kes tertinggi, 7,289 kes baharu

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan kes harian tertinggi kes positif COVID-19 apabila merekodkan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosial beliau.Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,642 kes, diikuti Johor (664) dan Kuala Lumpur (604).

Berikut merupakan pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri: Selangor : 2,642 kes, Johor : 664 kes, Kuala Lumpur: 604 kes, Sarawak : 513 kes, Kelantan : 425 kes, Negeri Sembilan : 410 kes, Kedah : 336 kes, Pulau Pinang : 380 kes, Terengganu : 268 kes, Sabah : 266 kes, Melaka : 258 kes, Perak : 218 kes, Pahang : 211 kes, Labuan : 63 kes, Putrajaya : 2 kes. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.