9,117 kes jangkitan Covid-19 baharu, 1,205 kes dari Sabah

KOTA KINABALU : Keseluruhan kes di negara dilaporkan meningkat banyak sehingga 9,117 kes hari ini menjadikan kumulatif kes merekodkan angka 2,904,131 kes.

Sabah mencatatkan rekod kes jangkitan Covid-19 kedua tertinggi hari ini dengan merekodkan sebanyak 1,205 kes dan kumulatif kes Covid-19 di negeri ini mencecah 251,645 kes setakat hari ini (5 Februari).

Walaubagaimanapun, Malaysia melanjutkan kempen imunisasi Covid-19 kepada kanak-kanak seawal usia sebelas tahun. Sehingga Selasa (2 Februari), 517,107 kanak-kanak, 15% daripada jumlah kohort, mendaftar untuk mendapatkan suntikan.

Manakala, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah individu dewasa yang menerima dos penggalak Covid-19 kini mencecah 12.1 juta orang atau 51.9 peratus setakat 3 Februari lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *