500 bakul makanan untuk Kg. Penimbawan, Tuaran

TUARAN: Armada Bersatu Bahagian P.170 Tuaran pimpinan, Mohammad Ghazali Haji Hajiji diwakili Naib Ketua ARMADA BERSATU Tuaran, Muhd Arziz Afizy Rumsani menyerahkan sejumlah 500 bantuan bakul makanan ke Kg. Penimbawan Tuaran yang telah di istihar PKPD bermula 15-28 Jun 2021.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sabah, ADUN N.12 Sulaman menyerahkan bantuan tersebut kepada JPKK Kg. Penimbawan encik Aneh Mad dan Ketua Kampung encik Haji Jelin Haji Laidin untuk diagihkan kepada setiap ketua keluarga penduduk yang terlibat di kawasan PKPD Kg. penimbawan.

Agensi PKOB daerah Tuaran seperti Jabatan Kebajikan, PDRM, JPAM, BOMBA, RELA, UPPM N.12 Sulaman dan NGO Armada Bersatu Tuaran telah memainkan peranan mereka untuk membantu kerja-kerja memuat dan menghantar bantuan bakul makanan tersebut ke lokasi.

Kerjasama yang jitu antara agensi PKOB, pihak UPPM N.12 Sulaman, NGO Armada Bersatu dan pemimpin diperingkat kampung amat membanggakan walaupun mengharungi dugaan apabila lori pengangkut bakul makanan rosak semasa dalam perjalanan ke lokasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.