4 kes COVID-19 dikesan di Parlimen kemungkinan Varian Delta

KUALA LUMPUR : Jangkitan yang berlaku di Parlimen Malaysia kemungkinan COVID-19 Varian Delta. Hal ini disahkan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia Dato Dr Noor Hisham Abdullah dalam facebook rasmi beliau.

“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menganalisa 4 sampel RT PCR kes positif COVID-19 ,hasil daripada saringan yang dijalankan di Parlimen.

“Keputusan awal daripada PCR Genotyping Assay, didapati bahawa, kesemua 4 sampel menunjukkan mutasi pada spike protein , yang dikenalpasti wujud pada VARIAN DELTA, atau varian Kappa.

“Namun dengan berdasarkan variant of concern (VOC) yang sedang menular di dalam komuniti, ianya berkemungkinan besar adalah VARIAN DELTA

“Untuk makluman, kajian klinikal di luar negara , serta juga WHO , telah melaporkan bahawa kes yang dijangkiti VARIAN DELTA , mempunyai kandungan virus yang 1,200 kali lebih tinggi , jika berbanding dengan kes yang dijangkiti dengan VARIAN BIASA (non-VOC).

“Penjujukan genom penuh (whole genomic sequencing) akan terus dijalankan bagi pengesahan selanjutnya,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *