3,361 Kes Covid-19 di Sabah, kes tertinggi setakat ini

KOTA KINABALU : Dua kluster sekolah baharu direkodkan di Kota Belud dan sebanyak 3,361 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di negeri ini, hari ini.

Menurut jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, jumlah peningkatan pada hari ini adalah peningkatan tertinggi setakat ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau menjelaskan bahawa sebanyak 782 kes adalah kes jangkitan yang berlaku di Kota Kinabalu.

Daripada 3,361 kes harian pada 11 Februari, 99.76 peratus pesakit berada dalam Kategori 1 dan 2, dengan gejala ringan.

Masidi juga berkata hanya lapan pesakit dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *