211 kanak – kanak di Sabah mula divaksin

KOTA KINABALU : Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan pada Khamis (4 Februari) sudah mula berjalan dengan baik di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun menjelaskan seramai 211 kanak – kanak di Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Sebanyak dua dos suntikan akan diberikan kepada kanak-kanak dengan jarak suntikan lapan minggu, masing-masing mengandungi 10 mikrogram (mcg) vaksin dan akan diberikan kepada untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

PICKids telah dilancarkan dengan seramai 30 orang kanak-kanak menjadi perintis kepada program itu.

Masidi juga berkata bahawa secara keseluruhan, seramai 2,454,764 orang penduduk Sabah sudah menerima satu dos suntikan vaksin dan seramai 2,410,687 orang yang sudah menerima dos lengkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published.