2,107 Kes COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

KOTA KINABALU : Negeri Sabah hari ini mencatatkan 2,107 kes jangkitan COVID-19.

“Peningkatan kes baharu itu membabitkan daerah Sandakan yang merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 308 kes berbanding 234 kes semalam.

“Daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes adalah Keningau dengan jumlah sebanyak 123 kes berbanding 69 kes pada Isnin, manakala Penampang merekodkan peningkatan sebanyak 51 kes dengan kes baharu sebanyak 167 kes.

“Kota Kinabalu merekodkan penurunan kes sebanyak 61 kes dengan 282 kes baharu berbanding 343 kes semalam, diikuti Tuaran sebanyak 148 kes, dan Tawau 128 kes, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *