1,066 kes COVID-19 di Sabah hari ini

KOTA KINABALU: Kes COVID-19 Sabah mencapai angka 1,066 hari ini sekaligus mencatat jumlah kes tertinggi harian semasa Sabah sudah memasuki tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa kedua.

“Seperti biasa, sarıngan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes (60 peratus) di mana daerah Kota Kinabalu mencatatkan jumlah saringan kontak paling tinggi yakni 125 kes,” kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun

“Ini diikuti oleh saringan bergejala yang mencatatkan  157 kes (14.7 peratus). Kluster sedia ada pula menambah 141 kes (13.2 peratus), manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *