1035 kes COVID-19 Sabah hari ini
KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 di Sabah terus mencatatkan kes diatas angka seribu untuk hari kedua dengan mencapai 1035 hari ini dengan Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi mencecah 212 kes.
โKontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi sebanyak 497 kes daripada jumlah kes keseluruhan dan saringan kes bagi kluster sedia ada menyumbang sebanyak 18.5 peratus bersamaan 191 kes.
โSaringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini sebanyak 251 kes bersamaan 24.3 peratus dan ini adalah satu petanda jelas bahawa COVID-19 sudah pun berada dalam komuniti dan jangkitan berlaku secara sporadik,โ kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun