Sabah-Turki jalin kerjasama pelancongan, pendidikan

KOTA KINABALU: Usaha mempromosikan Sabah sebagai destinasi selaman skuba yang menarik dipergiatkan menerusi kerjasama dengan kerajaan Turki.

Duta Besar Turki ke Malayisa, Dr. Merve Safa Kavakci berkata, penglibatan penyelam bebas yang memegang rekod dunia, Sahika Ercumen dalam program kerjasama bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) ini akan meletakkan Sabah dalam peta Turki sebagai destinasi menarik untuk dilawati.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara yang menjadi pintu masuk ke Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia, kerjasama itu akan memberi situasi menang-menang kepada Sabah dan juga Turki.

โ€œKita berterima kasih kepada STB kerana memberi peluang kepada penyelam bebas berasal daripada Turki untuk sama-sama mempromosikan Sabah. Kita harap kerjasama ini akan berterusan dalam bidang pendidikan yang mendapat kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menerusi kerjasama ini, Sahika akan belajar serba sedikit mengenai sukan pelancongan yang terdapat di Sabah dan memasukkan negeri ini dalam peta untuk dilawati oleh rakyat Turki.

โ€œPenglibatan Sahika juga akan menggalakkan anak muda di seluruh dunia untuk sama-sama menghargai ekosistem dasar laut,โ€ katanya dalam sidang akhbar selepas Ceramah Inspirasi, di UMS hari ini.

Sahika berkata, beliau akan melakukan penggambaran di dasar laut Sabah menerusi programbersama STB selama tujuh hari itu.

Katanya, beliau akan melakukan selaman bebas untuk mempromosikan keindahan dasar laut yang terdapat di Sabah dan ia sememangnya berbeza dengan dasar laut Turki yang tidak mempunyai banyak spesis hidupan marin.

Merve berkata, dalam bidang pendidikan pula, beberapa universiti di Turki akan bekerjasama dengan UMS dalam bidang kajian dan penyelidikan marin susulan pemanasan global yang berlaku ketika ini.

โ€œKita boleh belajar daripada Sabah mengenai usaha pemeliharaan hidupan marin dan kita akan mulakan dengan penganjuran persidangan dan konvensyen serta melalui pertukaran pelajar,โ€ katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, UMS sudah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Surat Hasrat (LoI) bersama dua univerisiti di Turki bagi pertukaran pelajar dan penyelidik.

โ€œKita akan mengadakan pertukaran pelajar dan tenaga pengajar antara UMS dan Universiti Manisa Celal Bayar  (MCBU) dan Universiti Karabuk. Ia membolehkan penyelidikan bersama dilakukan dalam bidang sains marin,โ€ katanya. โ€“UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *