Rakyat Malaysia ditahan Imigresen Indonesia, disyaki jadi pengintip

JAKARTA: Seramai tiga rakyat asing yang disyaki menjadi pengintip ditahan pihak Imigresen di sempadan Indonesia-Malaysia.

Lapor Kompas.com, Ketua Kelas II, Pejabat Imigresen Tempat Pemeriksaan, Washington Saut Dompak berkata, dua individu tersebut merupakan rakyat Malaysia dan seorang lagi warga China.

Jelasnya, kesemua suspek yang memasuki negara dari sempadan antarabangsa Tunon Taka, Nunuka, Kalimantan Uatara akan ditahan selama 30 hari.

“Seorang suspek dari Malaysia bekerja di syarikat pembinaan di Kota Kinabalu, Sabah. Dia mengaku mengajak tiga individu lain bagi melihat projek pembinaan di jambatan Tawau-Sebatik.

“Suspek dikatakan mahu melihat keadaan geografi di Sebatik daripada aspek bangunan dan jambatan dengan menjemput warga China dan dua rakyat Malaysia lain,” katanya.

Menurut Washington, lelaki itu memasuki Indonesia menggunakan Visa Pelancong, sementara dua rakyat Malaysia lain menggunakan Visa Lawatan Jangka Pendek.

Beliau menjelaskan lokasi yang dikunjungi oleh semua individu tersebut adalah kawasan larangan di bawah lingkungan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mengetahui antara lokasi mereka menangkap gambar adalah kawasan perbatasan dan markas tentera marin,” katanya. -UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *