Aset dirampas: Petronas anggap tindakan tak berasas, pertahan dari segi undang-undang

PETALING JAYA: Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadap dua anak syarikatnya sebagai tidak berasas.

Justeru, syarikat petroleum tersebut menegaskan akan terus mempertahan kedudukannya dari segi undang-undang dalam hal berkenaan.

โ€œKami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis โ€˜Saisie-arretโ€™ pada 11 Julai (semalam).

โ€œPetronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.ร  r.l. dan Petronas South Caucasus S.ร  r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan.

โ€œHasil daripada pelupusan ini telahpun dipulangkan (repatriated) dengan sewajarnya.

โ€œPetronas menganggap tindakan yang diambil terhadap kami sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan kami dari segi undang-undang dalam hal ini,โ€ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Waris Kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.92 (RM62.59 bilion) dari Malaysia dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas yang diperbadankan di Luxemborg.

Berdasarkan laporan Financial Times yang berpangkalan di London, pasukan peguam penuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Menurut pasukan peguam, kedua-dua anak syarikat itu dirampas oleh bailif di Luxemborg yang mewakili waris Sulu berkenaan.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II menuntut jumlah tinggi sebagai pampasan dari Malaysia susulan daripada proses timbang tara.

Proses itu dimulakan sebagai tindak balas terhadap Malaysia yang memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013.

Malaysia tidak terlibat dalam proses tersebut yang berlangsung di Perancis dengan alasan, pertikaian antara negara itu dengan pihak yang menuntut bukanlah kontrak komersial.

Oleh hal yang demikian, Malaysia tidak tertakluk dalam proses timbang tara berkenaan.

Namun, peguam waris Sulu berhujah, Malaysia merupakan penandatangan Konvensyen Mengenai Pengiktirafan dan penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing (Konvensyen New York).

Sehubungan itu, anak guam mereka mempunyai hak untuk merampas aset Malaysia di 167 negara penandatangan jika jumlah yang dituntut tidak dibayar. โ€“ UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *